13 January 2013

CARA MUDAH MENGESAN HIDROKUINON (HYDROQUINONE) DALAM KOSMETIK ANDA!!!!



1. Tuangkan sedikit toner ke kapas muka...biarkan terdedah dengan cahaya matahari....atau biarkan seketika...toner akan bertukar warna kepada cokelat..kehitam-hitaman.. sah ada hidrokuinon.

2. periksa penutup toner atau krim malam ( kebanyakan produk ada hidrokuinon pada toner dan krim malam)..jika terdapat kerak cokelat @ hitam..maka wujudlah hidrokuinon..

3. Pengelupasan..... tiada hidrokuinon maka tiada pengelupasan... ada produk yang menyatakan mengunakan AHA/BHA dalam produk bagi membuang sel kulit mati.... perlu di selidik kandungan AHA/BHA yang digunakan.... kebanyakan produk mengunakan hidrokuinon sebagai agen pengelupasan..


Antara bahan aktif berbahaya dalam produk kecantikan ialah:

Hidrokuinon — Menghentikan penghasilan melanin iaitu bahan yang melindungi kulit daripada sinaran ultra lembayung. Apabila menggunakan produk mengandungi bahan ini, kulit muka menjadi kemerahan, rasa pedih dan terbakar apabila terkena cahaya matahari terik. Penggunaan berterusan menyebabkan warna kulit tidak sekata dan bertompok hitam. Hidrokuinon juga boleh meresap ke dalam sel dan memasuki aliran darah. Pengumpulan hidrokuinon dalam badan boleh menjejaskan pendengaran dan menyebabkan pelbagai masalah lain seperti menggigil, mual, muntah, sakit kepala, sukar bernafas, sawan dan mungkin koma.

Trietinon — Kulit menggelupas, kering, sensitif pada cahaya matahari dan banyak jeragat.

Raksa — Kesan raksa kepada kulit sama seperti hidrokuinon dan pengumpulannya dalam badan boleh menyebabkan seseorang mengalami pelbagai masalah, antaranya muntah, cirit-birit, keracunan hati dan buah pinggang serta gangguan saraf. Selain itu, jika produk yang diperkenalkan kepada anda tiada label bahan yang digunakan, talian atau laman web pengeluar, lupakan saja niat anda untuk mencubanya.

JADILAH PELABUR BIJAK KERANA PELABURAN DALAM PENJAGAAN KECANTIKAN BUKAN HANYA MEMBABITKAN WANG, TETAPI MASA & PALING PENTING, KULIT WAJAH ANDA!! JANGAN JADIKAN KULIT WAJAH KULIT WAJAH ANDA SEBAGAI MEDAN MELAKUKAN UJIAN KEBERKESANAN BAHAN TERLARANG KERANA DIKHUATIRI KESAN SAMPINGANNYA KEKAL SEHINGGA TUA!!

JADILAH PENGGUNA BIJAK..SAYANGI KULIT WAJAH ANDA..ANUGERAH ILAHI YANG TIDAK TERNILAI..


Call/Pm Ct 0192334967

Terima Kasih

No comments:

© Tyms Simply Shop | Template Designed By Blog Bingkisan Hati